Sunday 1 April 2012

Asal keSah April Fool

Alhamdulillah sudah masuk bulan april.Syukur kepada tuhan yaya masih lagi boleh menikmati nikmat Allah. hmm..Dah msuk bulan april nie mesti  awk biasa dengar pasal April Fool kan. Awak tahu tak kisah sebenar april fool..jom yaya kongsi apa sebanar yang berlaku disebalik April Fool yang selalu orang duk taksub sangat tu

April Fool nie mula diraikan di Sepanyol semasa kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Setelah lama bertapak di Sepanyol,kerajaan islam akhirnya runtuh kerana diserang oleh tentera-tentera Kristian. Penduduk- penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing kerana takut dibunuh oleh tentera Kristian. Pemerintah Kristian mahu semua penduduk Islam dibunuh dan dihapuskan. Dia mencari pelbagai idea untuk menggapuskan penduduk Islam. Sampailah satu hari, penduduk Islam telah diberitahu bahawa mereka boleh keluar dari sepanyol dengan selamat bersama-sama keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Kemudian penduduk Islam telah menghantar wakil ke pelabuhan untuk memastikan kewujudan kapal-kapal tersebut. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapn untuk bertolak. Pada keseokkannya(1April), penduduk Islam telah keluar beramai-ramai dari rumah mereka untuk belayar keluar dari Sepanyol. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan dengan membakar kapal dan rumah penduduk-penduduk Islam. Kemudia mereka telah menyerang penduduk Islam dan membunuh kesemuanya temasuk orang tua,wanita dan anak-anak kecil.. Peristiwa berdarah yang cukup menyedihkan telah diraikan oleh tentera Kristian. Dan bersempena hari itulah mereka menamakan 1 April sebagai April Fool. Keraian ini diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, malah ke serata dunia. Lebih menyedihkan lagi apabila ia juga diraikan oleh orang-orang Islam sendiri..

terdapat sebuah hadis yang bermaksud

               "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia adalah di dalam kalangan mereka"

sangat jelas disini bahawa meraikan April Fool adalah haram kerana ia menyerupai orang Kristian. Jangan kita menjadi lalai dengan budaya barat yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan..

yaya:


No comments:

Post a Comment